Assalammualaikum. Hari ni I nk kongsi recipi yang I suka buat, kari daging masak hitam. Resepi ni I dapat dari majalh. I pun dah tak ingat majalah apa tapi majalah yang ada resepi la. I suka masak resepi ni terutama pada waktu bulan puasa sebab time bulan puasa I suka masak beraneka jenis nasi setiap hari. Husaband I suka makan lauk ni. So, I nak kongsi le resepi ni dengan semua.
Kari daging masak hitam
Bahan2:
300 gm daging (hiris halus, direbus)
2 tangkai daun kari
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecik serbuk jintan putih
2 sudu besar cili kisar
3 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat
air
garam
Cara2:
1. Tumis daun kari, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis dan jintan putih yang telah dibancuh dengan air.
3. Masukkan cili kisar dan kacau, Tunggu sehingga rempah masak atau naik minyak.
4. Masukkan daging dan masukkan air sedikit agar tidak terlalu pekat. Seeloknya masukkan air rebusan daging. Tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan kicap cair dan kicap pekat. Kacau.
6. Selepas kuah mendidih, tutup api dan hidangan siap.
Senang kan sebab tu I suka masak resepi ni. Kalau nak letak ubi pun boleh. Masukkan ubi bersama dengan daging. Selain dari daging, I penah masak menggunakan ayam. Caranya sama je. Nampak je bahan2 macam remeh. Actually tak. Cuba la. Rasa macam kuah nasi kandar pun ada. Apapun selamat mencuba.....