AD

Monday, May 30, 2011

Maharajalawak

Hi, lama dh I x update recepi baru kan. I sibuk sikit beberapa minggu ni. Tak sempat nak cuba resepi2 baru. Hehehee.....insyallah dalam masa terdekat ni I akan update resepi cupcake. Kali ni I saja nak bercerita tentang MAHARAJALAWAK. Tiba2 je masuk cerita MAHARAJALAWAK plak kan. Hehehehehe.......I tahu mesti ramai yang tengok kan. Sekarang ni mmg famous la MAHARAJALAWAK. Memang best sampai I sanggup langgan pakej Mustika semata2 nak tgk MAHARAJALAWAK. I rasa mesti ramai yang macam I ni. Abang I, Bei & abah I pun langgan pakej Musika semata2 nak tgk MAHARAJALAWAK. Sekarang dh masuk mggu ke-10. Mggu lepas kumpulan BALAS yang terkeluar. Yang tinggal sekarang semua kumpulan yang best2.

Korang minat sapa? I suka tgk JAMBU. Bagi I kump JAMBU ni mmg best la. Lawak dia mmg 'kaw' la. I sampai gelak terbahak2 la tgk kump JAMBU perform. JAMBU mmg best. JAMBU mmg boleh jadi MAHARAJALAWAK. Cuma Yus tu je kadang2 ter'over'. Apapun diorg tetap best. Ini adalah markah yang peserta dapat selepas undian sms ditutup. Markah ni berdasarkan 50% undian + 50% Juri. Markah ni I dapat kt http://www.astro.com.my/maharajalawak/articles/art_5074.html.

1. JAMBU - 56
2. JOZAN - 53
3. NABIL - 50
4. SEPAH - 49
5. R2 - 40
6. BALAS - 35

Memang JAMBU best. Hopefully JAMBU akan dinobatkan MAHARAJALAWAK. GO JAMBU!!!!





Friday, May 20, 2011

Puding Marble

Kali ni I nak share dengan korang semua resepi puding marble. Puding ni bukan I yang buat. Adik I, Yol yang buat. Hehehehe.......Sejak beli buku resepi Chef Hanilieza ni, adik I, Yol and I rajin sungguh buat puding. Nampak macam susah tapi actually tak la susah sangat pun.

Puding Marble
Bahan2:
10 g serbuk agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan air suam (dibancuh dgn serbuk koko)

Cara2:
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2.Bancuhkan susu cair dan tepung kastard, kemudian tapiskan.
3. Masukkan bancuhan kastard dan kacau sehingga pekat.
4. Asingkan kepada 2 bahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko ke dalam 1 bahagian.
5. Masak sehingga pekat.
6. Sendukkan adunan coklat ke dalam acuan.
7. Lapiskan dengan adunan kuning (kastard) ke atas adunan coklat. Biarkan keras seketika.
8. Lapiskan sehingga habis kesemua adunan.


Senang kan. Tak susah pun nak buat. Nampak je macam susah. Tapi tak semua orang suka makan puding kastard ni. Ye la kan, rasa kastard. Kebanyakkan orang tak suka makan. So apapun, Selamat mencuba. Nanti I akan upload resepi puding roti karamel. I dah penah buat tapi x sempat nak capture picture. Sedap. Nnti bila I buat lagi, I upload resepi & picturenya sekali k.

Selamat mencuba....



Thursday, May 19, 2011

Remis (kepah kecik)

Assalammualaikum, hello semua. Kali ni I x de resepi yang nak dikongsi. I just nak kongsi 1 jenis siput yang I and family I dapat masa kitaorang semua pegi pantai. Kami panggil siput remis. Ada yang panggil kepah. Tapi I memang panggil remis dari kecik2 lagi. Kalau g pantai je mesti la cari remis. Remis ni selalunya ada kt persisiran pantai. Kalau pegi pantai, tok I x mandi tapi dia akan cari remis. Kalau dapat, memang seronok. Rasa macam x nak balik. Seronok, kalau orang Utara kata 'ralit'. Memamg ralit.
Tapi sejak pembangunan terlalu banyak di Penang, remis ni dh agak berkurangan di pantai2 Penang. Kadang2 tu memang x de langsung. Masa I kecik2 memang ada. Sekarang ni dah x de. Mungkin disebabkan pembangunan ekosistem remis ni dah terjejas. That why remis ni dah berkurangan. Terutamanya kat kawasan tourism la macam Batu Feringgi, Tanjung Tokong and Teluk Bahang. Tapi remis ni still ada kt kawasan yang agak jauh dari Bandar Penang seperti Permatang Damar Laut, Batu Maung. I sebelah sana tak arif sangat dengan kawasan tu. I kalau sebelah town ni tahu la. Anty I, Anty Asni dapat tahu 1 port dimana remis ni still boleh dapat. Dia tahu dari adik dia. Nama tempat tu Tanjung Asam. Kitaorang selalunya pegi ramai2, keluarga I (family abah), family mami & rinie, family Anty Asni, family Busu. Hehehehehe....I ingt lagi, punya la teringin nak cari remis I sanggup p walaupun dah sarat dah perut tu, dah 9 bulan. Hehehehe......Nasib tak terberanak kat situ. Agak kena marah jugak la dengan tok sedara I. Patut la anak I suka mandi. Hehehehe. So, for those yang tak tahu, itu la remis. Tapi kalau korang panggil lain I x tahu la ye.

Remis ni isi dia x besar. Kecik je. Besar lagi isi kerang. Selalunya remis ni Anty I, Anty Asni masak cabai (pedas). Resepi dia I tak tahu sangat tapi yang I tahu kita goreng remis ni dengan cili keringg yang dikisar dengan serai, halia, bawang merah, bawang putih. Sedap. Remis ni sedap ratah je. Kalau makan ramai2 lagi sedap.

Hopefully dapat pegi and dapat cari remis lagi. Hehehe.......chow chin chow

Monday, May 16, 2011

Cake Decorating

Hi semua. Skarang ni I kat penang. Saja balik kampung. Maklumla Perlis cuti selasa & rabu ni sempena Cuti Wesak & Cuti Keputeraan Raja Perlis. Alang2 ambik cuti Isnin sekali le. Hehehehe.....Lama tu cuti. Sejak balik penang ni anak I, Qaisara x mau makan nasi langsung. Penat I masak sup ayam. Dia langsung x nak makan. Asyik minta susu je. So, memandangkan Qaisara ni suka makan kek, so I buat la kek coklat moist kat dia. Tadi I pun g la kedai kek nak beli tepung koko. Dalam kedai kek tu tiba2 I nampak 1 buku yang memang I dok cari. Jeng jeng jeng......buku 'CAKE DECORATING BEGINNER'S GUIDE step-by-step instructions' darihttp://www.wilton.com/. Buku ni harganya RM18.80. Nipis je bukunya. Dalam 41 m/s.

Seronok giler dapat beli buku ni. Hehehehe........Tak sabar rasanya nak buat cupcake. Skarang ni dok tngu hubby I dapat duit. Dia janji nak beli oven kat I. Banyak barang nk beli ni. Tak sabar rasanya. Kakak ipar I, Busu dah tempah kat I cupcake utk hantaran kawen adik dia, Dila. Nnti I nak buat hantaran juga utk cousin I, Syima yang bakal bertunang 4/6/2011 ni nnti. Nnti I nak beli buku yang lagi 1 'Thw Wilton School-Decorating Cakes'. Buku ni mahal RM81.90 x salah I la. Hopefully dapat beli......

Tuesday, May 10, 2011

BUKU 1 HARI 1 RESEPI

1 HARI 1 RESIPI 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza


Assalammualaikum. Hari ni I nak introduce to all buku yang I beli. Buku ni dari Chef Hanieliza. Buku ni best.....Resepi dalam buku ni senang. Bahan dia pun x susah cari. For those yang baru nak belajar memasak memang sesuai coz dalam buku ni ada pic rempah2 yang digunakan, jenis2 periuk. Kadang2 kita mana la tahu nak bezakan antara jintan manis & jintan putih kan. Buku ni ada tunjuk pic jintan manis & jintan putih. I dapat tahu tentang buku ni pun dari kawan I, Zai. Buku ni bukannya buku dia. Dia pinjam dari housemate dia. Apapun thanks to Zai coz introduce buku ni kt I. Sejak I beli buku ni, I & adik I rajin nak buat puding, kuih. Sebab senang nak buat and mostly memang jadi la. So, I nak recommend la kt korang semua if korang nak beli buku resepi. Buku ni harga nya RM39.90. Hanya boleh didapati di Popular Bookstore. Korang boleh juga buka blog Chef Hanieliza http://hanieliza.blogspot.com/. Ada juga resepi yang x de dalam buku ni ada kt blog dia.

Monday, May 9, 2011

Udang Masala

Hari ni, I nak share dengan korang recipe udang masala. Kalau x salah I masala ni maksudnya rempah. So recipe ni kita guna rempah. x banyak pun rempah yangg digunakan. Cuma guna rempah jintan manis, jintan putih & kunyit je. Tapi recipe ni guna yogurt. Hubby I kata sedap. Dia suka. I pun suka.

UDANG MASALA
Bahan A:
500 gm udang
2 biji tomato
3 tangkai daun kari
1 yogurt asli
2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)

Bahan B:
6 biji bawang merah ( 2 biji bawang besar saiz kecil)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada putih
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar serta daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata. Tambahkan air jika perlu.
3. Masukkan yogur, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar.
4. Sedia dihidangkan.

Kuah Laksa

Sempena Hari Ibu semalam, I buat laksa. I belajar dari my hubby. Dia pandai buat kuah laksa. Sedap. My hubby penah buat kuah laksa masa birthday anak I kt kampung dia, Jeniang. Semua orang kata sedap. I pun suka. Kuah laksa ni tak letak belacan. So, for those yang ada resdung tu x perlu risau la kalau nak makan kuah laksa ni. Hubby I belajar buat kuah laksa ni dari kakak ipar I, Busu. Tapi dia ada improvise sikit2 la. Sekarang harga ikan temenung murah. Kt Perlis ni, I beli 2 kilo RM5. Kalau kt Kuala Muda lagi murah. Sekilo boleh dapat RM1. RM0.50 pun ada. Thats why rajin skt nak buat laksa. Kalau ikan mahal, liat la juga nk buat. Hehehehe.......


KUAH LAKSA

Bahan2:
1 kg ikan temenung (siang & rebus)
2 tangkai serai (diketuk)
6 tangkai daun kesum
3 kuntum bunga kantan
5 keping asam keping
6-8 sudu besar cili kering (ikut cita rasa)
2 ekor ikan tamban kering (dibakar & dikisar)
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara2:
1. Asingkan isi ikan & tulang ikan yang direbus tadi. Kisar isi ikan dan masukkan ke dalam periuk besar. Kisar tulang ikan dan tapis.
2. Masukkan ikan tamban kering yang telah dikisar & tapis ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan.
4. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
5. Masak sehingga mendidih & masukkan garam secukup rasa.
6. Tutup api & hidangkan bersama laksa serta bahan hiasan.

Senangkan buat kuah laksa. Kuah laksa ni I letak serai. Kalau kita letak serai, rasanya sedap skt berbanding kuah yang kita x letak. Kalau laksa penang, dalam kuah tu kita letak daun pudina & buah nanas skt. Daun pudina tu nak bagi hilang hanyir ikan. Buah nanas tu utk masamkan kuah macam asam laksa. Kakak ipar I, Busu cakap kalau kita nak bagi rasa kuah pekat2, letak ikan sardin yang dalam tin. Masukkan sardin masa kuah dah masak. Nanti kuah tu pekat la sikit. Untuk bahan hiasan, ada yang letak daun salad. Kalau orang kedah, diorg suka letak daun selom, daun pucuk putat atau daun pucuk gajus. Kalau orang penang, diorg suka letak daun pudina. Bagus juga kalau letak daun pudina. Kurang la sikit rasa hanyir ikan. Apapun selamat mencuba.



Friday, May 6, 2011

Basic Cupcake Class

Hari ni I pegi class cupcake. I belajar dengan Kak najah from Najah Bakery (http://www.najahbakery.com/). Memang best. Seronok dapat belajar buat cupcake. Bukan senang nk decorate cupcake ni. Menggeletar tangan I masa nak decorate. I penah buat cupcake tahun lepas masa birthday Qaisara. Masa tu saja-saja je buat. Memang x jadi. Boleh makan je la. Hehehe......maklum la time tu x tahu sgt nak buat cupcake. Buat suka2 je. Hari ni baru tahu teknik2 untuk decorate. Banyak ilmu yg dapat dari segi alat yg nk digunakan utk decorate, bahan2 yang nak guna. After this I nak g kelas fondant cupcake plak la. Bestnya......I suka nak belajar buat cupcake. Just suka2 nak buat. Nnti boleh buat untuk anak, hadiah wedding / tunang kawan, adik-beradik. Seronok lagi kalau kita buat sendiri daripada beli. Tapi leceh la sikit. I tak kisah yang penting I enjoy. Hehehe....

Ni buku decoration untuk cupcake & cake. Buku ni ada tunjuk cara2 nak decorate guna buttercream icing & fondant. I nak cari la buku ni. Kak Najah bagitahu yang dia beli buku kat oversea. Dia pesan kat adik dia yang tinggal kt sana. Kawan yang pegi belajar dgn I, kak wati cakap buku ni ada jual kt kedai Sugar & Flour, Alor Setar. Nnti I nak cari. Banyak teknik yang buku ni tunjuk. Alat2 untuk decoration pun ada. Boleh juga buka website http://www.wilton.com/. Banyak recipe, teknik yang ada. Buku ni terbitan Wilton. For those yang dok area Perlis & Alor Setar, bahan2 nak buat kek & cupcake boleh dapat kat kedai Sugar & Flour, Alor Setar. Semua ada jual kt sana. Nnti I pun nak cari barang kek kt sana. Kedai ni dekat dengan Stadium Alor Setar.


Pic ni adalah hasil cupcake yang I buat. Cantik kan. Boleh la untuk 1st time buat. Mesti anak I suka. Ada elmo. Nnti nk buat kt dia muka upin ipin plak. Hehehe.....Nnti kalau I buat cupcake, I upload lg pic.

See you.....

Monday, May 2, 2011

kek kukus coklat moist

Assalammualaikum, hari ni I update satu lagi resepi. Hari ni I buat kek kukus coklat moist. Terasa teringgin pulak nk makan kek coklat. Hehehehehe............Resepi I dapat dari kawan yg study dengan I. Resepi ni memang simple. Bahan2 dia kita boleh dapat di rumah je kecuali serbuk koko, kena beli kt kedai le. Hehehehehe.......Memang jadi kek ni. Ni kali ke 3 I buat. Ni I buat kt umh mak mertua I. Nak ambik hati la katakan.


KEK KUKUS COKLAT MOIST



Bahan A:
1 cawan serbuk koko - ada pic contoh kt bawah
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair 
1 cawan susu pekat 

Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat soda
2 biji telur

Cara2:
1. Masukkan ke semua bahan A ke dalam bekas besar dan letakkan di atas dapur dengan api yg perlahan.
2. Kacau kesemua sehingga sebati dan larut.
3. Ketepi kan dan biarkan ia sejuk.
4. Kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan tepung gandum dan bikarbonat soda yg telah digaul bersama ke dalam adunan. Kacau segingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45-60 minit. The best is 60 minit.


Cawan yang I guna ni sukatan dia sama dengan 1 tin. So I pakai 1 tin susu....kalau korang guna measuring cup, maybe susu yang korang guna dalam 1/2 tin je.....so sukatan ini semua depend pada cawan yang korang guna k.......

Senang kan bahan2 dia. Memang senang nk buat dan x susah nk cari bahan. Try la buat. Memang jadi. 1st time buat pun dh jadi. Costnya tak la mahal pun. Lebih kurang RM10 je. Kalau beli tepung yang dah siap je RM10. Tak termasuk susu pekat, telur, minyak lagi. Resepi pakai telur 2 biji je. Kalau tepung yang segera kena guna 5 biji. Jimat kan.
Selamat mencuba.......


ni picture serbuk koko yg I beli. 



'Selamat Mencuba' & tq for trying.