AD

Monday, June 27, 2011

Garlic Bread

Hari ni I nak share garlic bread yang I buat masa farewell party Chunk minggu lepas. Nak buat garlic bread ni senang je nak buat. Mulanya I ingat susah la nak buat. Then I search google dapat la cara2 macam mana nak buat garlic bread. Sedap........hehehehe puji diri sendiri.


Ini dah siap sapu garlic spread, tunggu nak bakar.

Ini Aza tengah potong roti. Nak potong macam garlic bread kat kedai.....hehehe

Ini I tgh dok sapu garlic spread tu kat roti.

Inilah hasilnya selepas bakar. Nampak sedap kan Memang sedap macam kat pizza. Cuba la buat. x susah pun.

Garlic Bread

Bahan2:
1 stick butter (250g)
1 labu bawang putih
serbuk oregano kasar
serbuk parsley kasar (additional)

Cara2:
1. Goreng bawang putih tanpa minyak beberapa minit.
2. Tumbuk / cincang halus bawang putih yang telah digoreng.
3. Masukkan bawang putih ke dalam butter. Pastikan butter berada pada suhu bilik.
4. Kacau bawang putih dengan butter sehingga sebati.
5. Masukkan serbuk oregano & serbuk parsley.
6. Siap.


SELAMAT MENCUBA.......


Wednesday, June 22, 2011

SPAGETI

Hari ni I & kawan2 I buat farewell & birthday party untuk Chunk & Zai. Chunk dah nak berhenti jadi RA kat Unimap. So kitaorang buat farewell party. Tema kitaorang adalah WESTERN. So makanan semua western la. Kitaorg kumpul duit & beli bahan2. I buat spageti & garlic bread spread. Kak Aza buat makaroni bakar. Shida buat coselow, zai goreng fries & wedges. Chunk kukus jagung & Wani buat puding laici. Sedapnya. Banyak makanan ada. Kenyang I dibuatnya. Kami makan dari pagi sampai petang. Boleh posa esok ni kalau macam ni punya kenyang. Hehehehehehe.......


Ini kuah spageti yang I buat. Nampak macam kuah kari pulak. Hahahaha.....Kuah spageti ni I buat sendiri tau. Tak pakai pun prego. Homemade kuah spageti. Sedap, senang je nak buat. Bahan pun x pakai banyak sgt. Senang je.Uols pun boleh buat.

I kongsi dengan uols semua resepi kuah spageti. Cuba la buat. Senang je. Cuba tau.


KUAH SPAGETI
Bahan2:
10 biji buat tomato (blend)
1 pek daging kisar RAMLY (brand AZMY pun ada)
10 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang merah (dicincang halus)
3 sudu besar cili kisar
1 botol sos tomato (485g)
serbuk oregano

additional ingredient (kalau nak boleh letak, kalau x mau pun x pa):
1 biji capsicum hijau
5 batang sosej

Cara:
1. Tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar & masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging kisar. Masak sehingga daging masak.
4. Setelah daging masak, masukkan tomato buah yang telah dikisar. Masak tomato sehingga masak.
5. Kemudian masukkan sos tomato. Kalau rasa sebotol sos terlalu banyak, boleh kurangkan ke 1/2 botol. Ikut pada rasa & pendapat masing2.
6. Masukkan sedikit garam. Kacau.
7. Masukkan serbuk oregano. Kalau boleh guna serbuk oregano yang kasar. Yang halus tu x berbau sgt.
8. Kalau nak letak sosej & capsicum, boleh masukkan di akhir step.
9. Siap.

Senang kan. Tak susah pun. Nampak memang byk step tapi bahan dia senang je. Tak yah dah beli Prego. Boleh buat sendiri je. Jimat pun jimat. Halal lagi. So selamat mencuba....




Monday, June 20, 2011

Kelas Sulaman Manik

Khamis & Jummat yang lepas I pegi kelas jahitan sulaman manik kt Kolej Komuniti Arau. Teringin sangat nak belajar jahit manik sendiri. Nak tempah kat orang mahal. Baik kita jahit sendiri kan. Lepas pi kelas tahu baru tahu nak jahit manik bukannya senang. Awal2 belajar tu terkebil2 jugak la nak jahit manik ni. Tapi dah lama2 buat ok la sikit. Dapat la skill sikit.Seronok dapat belajar. Lepas ni boleh jahit manik kat baju sendiri. Kalau tahu buat memang seronok. Nak kata senang tu x la jugak. Ada la jugak jenis2 manik yang I x leh buat. I buat x jadi. I dah jahit manik kat baju I. I jahit manik 'roping' kat lengan baju kurung I. Nnti nak jahit lagi kat baju I.
Ni hasil jahitan manik yang I buat.

Ini kawan2 sekelas yang buat. Cantikkan...

I yang tekun manjhit manik

Yang tudung hitam tu Cikgu yang mengajar jahitan manik

Wednesday, June 15, 2011

Koleksi cupcake Ku

Ini adalah koleksi cupcake yang I dah buat. Warna semua sama kan. Ye la I cuma ada warna pink, purple & hijau je. Bunga pun sama kan. I x beli nozzle banyak. Nnti2 baru I nak tambah koleksi nozzle.

Bunga rossete untuk hantaran perkawenan adik Busu, Dila.

Ini untuk hantaran pertunangan sepupu I, Syima.

Ini hantaran pertunangan adik I, Yol.

Ini cupcake goodies untuk tetamu masa pertunangan Yol.

Hantaran untuk Dilla.

Hantaran perkahwinn Dilla. Bunga rosette & star flower.

Ini lebihan cupcake yang buat untuk Dilla. Bawak pi school untuk kawan2.

Rumput yang tak berapa jadi.....boleh la.

Ada bunga yang tercomot.

Cantik tak? Cantik kan....








Tuesday, June 14, 2011

Cupcake Hasilan Ku

Ahad lepas adik I, Yol bertunang. I buat hantran cupcake untuk dia. Bukan sekadar cupcake untuk hantaran, cupcake untuk goodies pun I buat. Penat giler. Sebelum tu I buat cupcake hantaran untuk kakak ipar I, Busu. Dia tempah kat I untuk hantran kawen adik dia. Untuk goodies tu I buat dekat 150 biji cupcake. Tak tido malam I. Nak buat cepat je. Yang lama tu bukannya sebab dok buat cupcake, sebab dok melayan karenah anak I, Qaisara. Macam tahu2 je I ada keja nak buat, dia pun buat perangai. Itu x kena, ini x kena. Terpaksa berhenti sekejap nak layan karenah Qaisara.

Inilah hasil yang I buat. Cantik x? Ini hasil yang ke-3. Untuk pertama kali nak buat ni banyak jugak la duit yang habis. Ye la kan modal mesti la ada. Bahan2 tu x mahal pun. Gadget2 tu yang mahal. x pe asalkan I puas hati. Kek yang I buat tetap kek choc moist. Kalau korang nak resepi ada I upload sebelum ni. Kali ni I share dengan korang semua resepi buttercream icing.



Buttercream icing

Bahan2:
250gm shortening
125gm krimwell
125gm gula ising (diayak)
sedikit esen vanilla
pewarna

Cara2:
1. Putar shortening & krimwell hingga kembang (lebih kurang 5 minit).
2. Masukkan gula ising & esen vanilla. Putar sehingga sebati & kembang.
3. Masukkan pewrna mengikut warna yang digemari.

Senang je kan nak buat buttercream ni. Cuba la. Mesti seronok dapat buat cupcake dengan hasil sendiri.

Monday, June 6, 2011

CHOC MOIST CUPCAKE

Salam. Ok seperti yang I janjikan hari I akan upload resepi choc moist cupcake. Ini pic cupcake yang I buat. I buat sabtu lepas untuk cousin I. Simple2 je I buat. Maklum la budak baru belajar. Nanti dh lama2 cekap la sikit kan.

Choc Moist

Bahan2:
2 cawan Tepung gandum (cap sauh)
2 cawan gula castor
1 cwn serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3 biji telur
1 cawan air panas
1 ts baking powder
1 ts soda bikarbonat
1 ts esen vanilla

Cara2:
1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat & baking powder.
2. Didalam mangkuk lain, pukul gula castor & telur sehingga kembang.
3. Masukkan susu cair, minyak jagung & esen vanilla sehingga sebati.
4. Masukkan bahan2 yang diayak tadi & kacau secara kaup balik.
5. Masukkan air panas & kacau rata.
6. Isikan adunan ke dalam soufle cup bersaiz S atau saiz 3 sebanyak 23g atau 1/2 cup.
7. Bakar pada suhu 150-170C selama 20-23 min (bergantung pada oven).


Senang je kan nak buat cupcake choc moist macam resepi kek kukus moist I kan. Thanks to Kak Najah for the recipe. Cuma resepi ni x leh kukus. Kena bakar. Resepi kek coklat moist tu utk kukus. Kalau guna untuk bakar I x try lagi. Apapun selamat mencuba k.

Sunday, June 5, 2011

My First Cupcake.....

Kemarin cousin I, Syima bertunang. I buat cupcake utk dia. Semangat giler. Maklum la 1st time. Bila dah buat idea x da la pulak. Apapun nasib la cupcake menjadi & cantik. Hehehehe. Ni cupcake yang I buat for the 1st after I took a class. Ok x? Minggu depan I nak buat untuk adik I, Yol plak. Dia nak bertunang plak. Banyak nak buat ni. Untuk hantaran 1 & nak buat untuk doorgift.
Cupcake yang I buat ni adalah choc moist. Resepi ni I dapat masa pi kelas Basic Cupcake kat http://www.najahbakery.com/. Nak buat kek ni senang ja. Bahan pun x susah. Kek dia sedap. Kek tu x la kering sangat macam cupcake sealalu yang kita makan. Ye la kan dah nama pun choc moist. Bahan nak buat cupcake ni x la mahal sangat. Cuma nozzle tu je la nak beli berjenis2 sikit. Untuk permulaan memang pakai duit banyak sikit tapi boleh pakai lama.
Resepi cupcake ni akan I upload esok k. Sekali dengan resepi buttercream icing. Buttercream icing ni kalau makan x rasa muak pun. Ok je. Nak buat pun senang. Pakai krimwell, shortening & gula icing je. Kalau nak letak esen vanilla sikit pun boleh. Then kita boh je color apa yang kita nak. Senang je kan. Ok la esok I akan upload resepi choc moist & buttercream icing k.

Bye bye.....

Thursday, June 2, 2011

2011 Wilton Yearbook

Kemarin masa I p kedai barang kek, Sugar & Flour, I nampak buku ni. Wah....bestnya. Buku ni ajar cara macam mana kita nak decorate kek. Best sangat. Harga kt kedai tu RM49. I memang teringin sangat nak beli buku ni tapi memandangkan duit yang ada cukup untuk beli barang nak buat cupcake, so terpaksa la I simpan dulu perasaan tu. Apapun 1 hari nanti I akan cari juga buku ni. I nak buat koleksi. Ini la hobi terbaru I. hehehehe.....

Wednesday, June 1, 2011

'Gadget' cupcake

Hi semua. Tadi I ditemani 2 kawan I, Chunk & Kak Aza pi Alor Setar. Kitaorang pi kedai Sugar & Flour. I minta diorang temankan I. I nak beli barang nak buat cupcake. Sabtu ni sepupu I, Syima nak bertunang. So, I nak buat la cupcake untuk dia as a hantaran. Semangat ni nak buat. Maklum la bulan lepas kan I dah pegi kelas cupcake kt http://www.najahbakery.com/. Punya le giler membeli sampai rm74 semua. Itu baru beli 'gadget' cupcake je.....hehehe. Belum beli bahan nak buat cupcake. Ada la beli sikit bahan tadi seperti gula ising, shortening, krimwell. Minggu depan adik I, Yol plak nk bertunang. Nak buat cupcake lagi. Wah.....semangat giler nak buat ni. Jangan x jadi plak cupcake ni. So far kalau I buat cake kukus I tu selalunya jadi la. Jangan la plak cupcke ni x jadi.
Ni 'gadget'2 & bahan2 yang I beli tadi. I beli nozzle 4 jenis, coupler 3, spatula, measuring set, pipping bag. Measuring set ni penting tau. Baru betul measurement kita. Balance I pesan kat abang I, Cik belikan kt Penang. Murah sikit. Kat kedai Sugar & Flour harga balance RM45. Kat Penang baru RM38.80. Beza RM6 lebih tu. Boleh beli nozzle lagi 1. Hehehe........

Atas ni pic nozzle & coupler yang I beli. Fuhhh jauh tu p beli. Kat Alor Setar tu. Ye la, Perlis ni bukannya ada kedai yang jual barang2 ni. Kalau ada pun x banyak. Barang2 tertentu je yang ada. Ni kiranya beli barang dari zero la. Oven je yang x beli lagi. Dok tunggu hubby beli. Hehehehe. Nasib la oven ada kat umah abah I. Boleh la I buat cupcake kat Penang nanti. Buku dah ada, barang dah ada, kelas dah pegi. Tunggu nak buat je ni. Doa2kan la cupcake I ni menjadi. Nnti bila dah siap I akan upload resepi & pic sekali.