AD

Friday, February 10, 2012

Koleksi Barang Tembaga

Assalammualaikum semua,
Just nk share sikit dengan korang semua. Masa cuti chinese new year baru ni I balik kampung I, Sg Pinang, Penang. Dekat sebulan dah I tak balik. Rindu jugak kt Penang ni. Hehehe.....masa cuti baru ni hubby I pun balik sekali. So seperti biasa kalau dia balik penang mesti dia singgah 'RopeWalk' kt Stadium. Mesti ramai yang tahu kan apa tu RopeWalk. Ni la suasana RopeWalk. Macam pekan hari. Tapi yang ni tiap2 hari. Dari 8 pagi sampai 2 ptg.


Kat RopeWalk ni macam2 barang kita boleh jumpa. Tapi mostly semua barang2 ni barang lama le. Ada barang antik. So baru ni masa nk pi hubby I ajak I ikut dia. Kalau nak diikutkan I malas nk ikut tapi memandangkan lama jugak la x pi RopeWalk so I ikut dia. Masa dok pusing2 tu terjumpa la a few seller yg jual barang antik. Kebanyakkannya barang tembaga. Tertarik pulak rasanya nk tengok.

Macam gambar atas ni, ada telefon lama macam zaman P.Ramlee. Ada jugak radio lama. Menarik. Mesti mahal. Tapi kt RopeWalk ni kena pandai tawar menawar. Kalau pandai, boleh dapat murah.

Gambar ni yang I tertarik adalah bekas celak tu. Lama dah tak tengok bekas celak tu. Dulu mak I ada. Sekarang ni tak tau la kat mana dah pi bekas celak ni. Ntah2 abah I dah buang.

Yang ni banyak giler barang tembaga. Ada serika arang, bekas lilin, 'mahbat' and banyak lagi. Korang penah dengar 'mahbat' tak? Bagi orang Penang, mahbat ni penting untuk majlis2 bertunang, bersanding, ayun doi (naik buai). Mahbat ni kita letak air mawar dan renjis pada pengantin or baby yang naik buai yu. I beli satu. Buat simpanan. Maklum la dah ada anak. Mana tau nnti2 nk guna. I beli Rm5. Boleh la.
Ada jugak orang jual barang2 elektrik. Macam gambar atas ni ada orang jual kamera. Tapi risikonya beli barang2 kat sini belum tentu barang tu boleh pakai ka tak. Kadang2 tu kalau nasib baik memang dapat barang elok. Abah I selalu jugak la beli kipas angin (fan table) kat sini. Ok la jugak. Boleh la tahan dalam 1 tahun. Ok la kan. Klau kita beli fan kt supermarket yg x berjenama pun paling koman la 3 bulan ja boleh tahan.

So, for those yang minat nk cari barang2 tembaga / antik mai la singgah sini. Boleh jalan2 kat Penang skali.

Wassalam.....

Saturday, January 28, 2012

My Part Time Bizz.....

Assalammualaikum.............
Hehehe.....hari ni ada mood nk update blog. Selepas I attend 2 kelas kek, cupcake & wedding cake, minta nk belajar kek semakin membuak2. Tak tahu la minat nk buat kek semakin menjadi2. Baru2 ni I dah buat business part time. Business sambilan untuk menambah ekonomi family :). Bulan ni I dah ada 2 customer. Thanks Kak Aza & Yol. Kak Aza order 50 biji cupcakes untuk majlis perkahwinan adik ipar dia. Yol plak order 50 biji cupcakes untuk kenduri kahwin kawan dia. Thank you so much.



Picture bawah ni cupcakes yang Yol order. Yang ni murah sikit sebab bekas plastic. Kalau bekas kotak mahal sikit sbb charge harga kotak & reben.


So, kalau ada sapa2 yang nk order cupcake kat I boleh email I, zal_akma8283@yahoo.com.


Salam Tahun Baru......

Assalammualaikum......
Lama dah I tak update blog ni kan. Lama dah tak cuba buat apa2 recipe. Sibuk sikit (ye ke??). Hehehehe. Bulan Disember 2011 lepas I ada attend kelas wedding kek kt Rani Changlun, http://www.bakedecorate2u.com/. Kat kelas ni I dapat belajar cara nk frosting/icing kek. Sebelum ni I tau buat cupcake je. Kalau tengok kat Youtube macam senang je nk frosting kek tapi actually susah jugak. Kak Rani (Cikgu) tu bagitau I kena practise banyak lagi. I memang x pandai nak frosting kek. Nak buat bunga tu bagi I, I boleh buat walaupun tak la cantik sangat. Hehehehe.......Sory la tak dapat nk attach picture sekarang. Picture tu semua dalam phone lain. Ada masalah sikit nk upload. Nanti I akan upload. Memang best and seronok sangat dapat belajar buat wedding kek. Lepas ni I nak belajar buat cake lain plak. I will update soonn.......