AD

Saturday, January 28, 2012

My Part Time Bizz.....

Assalammualaikum.............
Hehehe.....hari ni ada mood nk update blog. Selepas I attend 2 kelas kek, cupcake & wedding cake, minta nk belajar kek semakin membuak2. Tak tahu la minat nk buat kek semakin menjadi2. Baru2 ni I dah buat business part time. Business sambilan untuk menambah ekonomi family :). Bulan ni I dah ada 2 customer. Thanks Kak Aza & Yol. Kak Aza order 50 biji cupcakes untuk majlis perkahwinan adik ipar dia. Yol plak order 50 biji cupcakes untuk kenduri kahwin kawan dia. Thank you so much.



Picture bawah ni cupcakes yang Yol order. Yang ni murah sikit sebab bekas plastic. Kalau bekas kotak mahal sikit sbb charge harga kotak & reben.


So, kalau ada sapa2 yang nk order cupcake kat I boleh email I, zal_akma8283@yahoo.com.


Salam Tahun Baru......

Assalammualaikum......
Lama dah I tak update blog ni kan. Lama dah tak cuba buat apa2 recipe. Sibuk sikit (ye ke??). Hehehehe. Bulan Disember 2011 lepas I ada attend kelas wedding kek kt Rani Changlun, http://www.bakedecorate2u.com/. Kat kelas ni I dapat belajar cara nk frosting/icing kek. Sebelum ni I tau buat cupcake je. Kalau tengok kat Youtube macam senang je nk frosting kek tapi actually susah jugak. Kak Rani (Cikgu) tu bagitau I kena practise banyak lagi. I memang x pandai nak frosting kek. Nak buat bunga tu bagi I, I boleh buat walaupun tak la cantik sangat. Hehehehe.......Sory la tak dapat nk attach picture sekarang. Picture tu semua dalam phone lain. Ada masalah sikit nk upload. Nanti I akan upload. Memang best and seronok sangat dapat belajar buat wedding kek. Lepas ni I nak belajar buat cake lain plak. I will update soonn.......

Tuesday, July 26, 2011

Puding Roti Karamel

Salam semua......lama dh I x update resepi baru. Baru-baru ni I malas nak masak sebab tu la x da resepi apa2. Minggu lepas I ada buat puding yang sangat I suka. PUDING ROTI KARAMEL. Actually I suka makan puding karamel. I penah buat sebelum ni masa I dok Terengganu dulu tapi x jadi. Puding tu lembik kat dalam macam x masak. But puding karamel yang ini lain sikit sebab ada roti. Sedap rasanya and puding tu x lembik. Resepi ni I dapat dari buku Chef Hanieliza. Thanks Chef a credit for U.....memang jadi. I dah buat 2 kali. Masa 1st time buat tu x da blog lagi, so x dapat la nk kongsi kan. Kali ni I kongsi dengan u all semua resepi PUDIN ROTI KARAMEL.


PUDING ROTI KARAMEL.........nyum nyum nyum

Bahan A:
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Bahan B:
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung castard
2 biji telur
8 keping roti (kalau nak letak lebih pun x pe ikut citarasa masing2)-dibuang kulit
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:
1. Panaskan pengukus.
2. Masukkan kesemua bahan B di dalam mangkuk besar kecuali roti. Kacau sehingga sebati.
3. Carik2kan roti menjadi kecil & masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga semua roti terendam dalam adunan tadi. Ketepikan.
4. Diatas api yang perlahan, masak gula (Bahan A) sehingga keperang-perangan.
5. Kemuadian masukkan air. Kacau sehingga kesemua gula larut. (Part ni masa kita masuk air tu gula akan mengeras sikit, so kacau sampai gula cair. The best is masukkan air panas).
6. Masukkan gula hangus yang telah dicairkan ke dalam loyang. Kemuadian masukkan adunan B tadi.
7. Kukus selama 30-45minit. (I kukus 45min. Biar lama sikit.)
8. Apabila puding dah agak suam, sejukkan dalam peti sejuk. Sedap makan sejuk2.....

Masa kita buka pengukus tu kita akan nampak roti tu agak mengembang sikit. x pe. Nanti bila kita sejukkan roti tu akan turun. Jangan risau, bukan pudin yang kita buat x jadi tau. Gerenti jadi & sedap. Klau karamel (gula hangus) tu manis sgt, kurangkan sedikit gula.

Puding ni sesuai untuk hidangan berbuka puasa nanti. So, cuba la sendiri. Gerenti jadi. Dah cuba baru tahu. Selamat mencuba..........manisnya puding ini :) :) :)



Monday, June 27, 2011

Garlic Bread

Hari ni I nak share garlic bread yang I buat masa farewell party Chunk minggu lepas. Nak buat garlic bread ni senang je nak buat. Mulanya I ingat susah la nak buat. Then I search google dapat la cara2 macam mana nak buat garlic bread. Sedap........hehehehe puji diri sendiri.


Ini dah siap sapu garlic spread, tunggu nak bakar.

Ini Aza tengah potong roti. Nak potong macam garlic bread kat kedai.....hehehe

Ini I tgh dok sapu garlic spread tu kat roti.

Inilah hasilnya selepas bakar. Nampak sedap kan Memang sedap macam kat pizza. Cuba la buat. x susah pun.

Garlic Bread

Bahan2:
1 stick butter (250g)
1 labu bawang putih
serbuk oregano kasar
serbuk parsley kasar (additional)

Cara2:
1. Goreng bawang putih tanpa minyak beberapa minit.
2. Tumbuk / cincang halus bawang putih yang telah digoreng.
3. Masukkan bawang putih ke dalam butter. Pastikan butter berada pada suhu bilik.
4. Kacau bawang putih dengan butter sehingga sebati.
5. Masukkan serbuk oregano & serbuk parsley.
6. Siap.


SELAMAT MENCUBA.......


Wednesday, June 22, 2011

SPAGETI

Hari ni I & kawan2 I buat farewell & birthday party untuk Chunk & Zai. Chunk dah nak berhenti jadi RA kat Unimap. So kitaorang buat farewell party. Tema kitaorang adalah WESTERN. So makanan semua western la. Kitaorg kumpul duit & beli bahan2. I buat spageti & garlic bread spread. Kak Aza buat makaroni bakar. Shida buat coselow, zai goreng fries & wedges. Chunk kukus jagung & Wani buat puding laici. Sedapnya. Banyak makanan ada. Kenyang I dibuatnya. Kami makan dari pagi sampai petang. Boleh posa esok ni kalau macam ni punya kenyang. Hehehehehehe.......


Ini kuah spageti yang I buat. Nampak macam kuah kari pulak. Hahahaha.....Kuah spageti ni I buat sendiri tau. Tak pakai pun prego. Homemade kuah spageti. Sedap, senang je nak buat. Bahan pun x pakai banyak sgt. Senang je.Uols pun boleh buat.

I kongsi dengan uols semua resepi kuah spageti. Cuba la buat. Senang je. Cuba tau.


KUAH SPAGETI
Bahan2:
10 biji buat tomato (blend)
1 pek daging kisar RAMLY (brand AZMY pun ada)
10 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang merah (dicincang halus)
3 sudu besar cili kisar
1 botol sos tomato (485g)
serbuk oregano

additional ingredient (kalau nak boleh letak, kalau x mau pun x pa):
1 biji capsicum hijau
5 batang sosej

Cara:
1. Tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar & masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging kisar. Masak sehingga daging masak.
4. Setelah daging masak, masukkan tomato buah yang telah dikisar. Masak tomato sehingga masak.
5. Kemudian masukkan sos tomato. Kalau rasa sebotol sos terlalu banyak, boleh kurangkan ke 1/2 botol. Ikut pada rasa & pendapat masing2.
6. Masukkan sedikit garam. Kacau.
7. Masukkan serbuk oregano. Kalau boleh guna serbuk oregano yang kasar. Yang halus tu x berbau sgt.
8. Kalau nak letak sosej & capsicum, boleh masukkan di akhir step.
9. Siap.

Senang kan. Tak susah pun. Nampak memang byk step tapi bahan dia senang je. Tak yah dah beli Prego. Boleh buat sendiri je. Jimat pun jimat. Halal lagi. So selamat mencuba....




Monday, June 20, 2011

Kelas Sulaman Manik

Khamis & Jummat yang lepas I pegi kelas jahitan sulaman manik kt Kolej Komuniti Arau. Teringin sangat nak belajar jahit manik sendiri. Nak tempah kat orang mahal. Baik kita jahit sendiri kan. Lepas pi kelas tahu baru tahu nak jahit manik bukannya senang. Awal2 belajar tu terkebil2 jugak la nak jahit manik ni. Tapi dah lama2 buat ok la sikit. Dapat la skill sikit.Seronok dapat belajar. Lepas ni boleh jahit manik kat baju sendiri. Kalau tahu buat memang seronok. Nak kata senang tu x la jugak. Ada la jugak jenis2 manik yang I x leh buat. I buat x jadi. I dah jahit manik kat baju I. I jahit manik 'roping' kat lengan baju kurung I. Nnti nak jahit lagi kat baju I.
Ni hasil jahitan manik yang I buat.

Ini kawan2 sekelas yang buat. Cantikkan...

I yang tekun manjhit manik

Yang tudung hitam tu Cikgu yang mengajar jahitan manik

Wednesday, June 15, 2011

Koleksi cupcake Ku

Ini adalah koleksi cupcake yang I dah buat. Warna semua sama kan. Ye la I cuma ada warna pink, purple & hijau je. Bunga pun sama kan. I x beli nozzle banyak. Nnti2 baru I nak tambah koleksi nozzle.

Bunga rossete untuk hantaran perkawenan adik Busu, Dila.

Ini untuk hantaran pertunangan sepupu I, Syima.

Ini hantaran pertunangan adik I, Yol.

Ini cupcake goodies untuk tetamu masa pertunangan Yol.

Hantaran untuk Dilla.

Hantaran perkahwinn Dilla. Bunga rosette & star flower.

Ini lebihan cupcake yang buat untuk Dilla. Bawak pi school untuk kawan2.

Rumput yang tak berapa jadi.....boleh la.

Ada bunga yang tercomot.

Cantik tak? Cantik kan....