AD

Monday, May 9, 2011

Kuah Laksa

Sempena Hari Ibu semalam, I buat laksa. I belajar dari my hubby. Dia pandai buat kuah laksa. Sedap. My hubby penah buat kuah laksa masa birthday anak I kt kampung dia, Jeniang. Semua orang kata sedap. I pun suka. Kuah laksa ni tak letak belacan. So, for those yang ada resdung tu x perlu risau la kalau nak makan kuah laksa ni. Hubby I belajar buat kuah laksa ni dari kakak ipar I, Busu. Tapi dia ada improvise sikit2 la. Sekarang harga ikan temenung murah. Kt Perlis ni, I beli 2 kilo RM5. Kalau kt Kuala Muda lagi murah. Sekilo boleh dapat RM1. RM0.50 pun ada. Thats why rajin skt nak buat laksa. Kalau ikan mahal, liat la juga nk buat. Hehehehe.......


KUAH LAKSA

Bahan2:
1 kg ikan temenung (siang & rebus)
2 tangkai serai (diketuk)
6 tangkai daun kesum
3 kuntum bunga kantan
5 keping asam keping
6-8 sudu besar cili kering (ikut cita rasa)
2 ekor ikan tamban kering (dibakar & dikisar)
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara2:
1. Asingkan isi ikan & tulang ikan yang direbus tadi. Kisar isi ikan dan masukkan ke dalam periuk besar. Kisar tulang ikan dan tapis.
2. Masukkan ikan tamban kering yang telah dikisar & tapis ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan.
4. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
5. Masak sehingga mendidih & masukkan garam secukup rasa.
6. Tutup api & hidangkan bersama laksa serta bahan hiasan.

Senangkan buat kuah laksa. Kuah laksa ni I letak serai. Kalau kita letak serai, rasanya sedap skt berbanding kuah yang kita x letak. Kalau laksa penang, dalam kuah tu kita letak daun pudina & buah nanas skt. Daun pudina tu nak bagi hilang hanyir ikan. Buah nanas tu utk masamkan kuah macam asam laksa. Kakak ipar I, Busu cakap kalau kita nak bagi rasa kuah pekat2, letak ikan sardin yang dalam tin. Masukkan sardin masa kuah dah masak. Nanti kuah tu pekat la sikit. Untuk bahan hiasan, ada yang letak daun salad. Kalau orang kedah, diorg suka letak daun selom, daun pucuk putat atau daun pucuk gajus. Kalau orang penang, diorg suka letak daun pudina. Bagus juga kalau letak daun pudina. Kurang la sikit rasa hanyir ikan. Apapun selamat mencuba.



No comments:

Post a Comment