AD

Friday, May 20, 2011

Puding Marble

Kali ni I nak share dengan korang semua resepi puding marble. Puding ni bukan I yang buat. Adik I, Yol yang buat. Hehehehe.......Sejak beli buku resepi Chef Hanilieza ni, adik I, Yol and I rajin sungguh buat puding. Nampak macam susah tapi actually tak la susah sangat pun.

Puding Marble
Bahan2:
10 g serbuk agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu makan air suam (dibancuh dgn serbuk koko)

Cara2:
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2.Bancuhkan susu cair dan tepung kastard, kemudian tapiskan.
3. Masukkan bancuhan kastard dan kacau sehingga pekat.
4. Asingkan kepada 2 bahagian dan masukkan bancuhan serbuk koko ke dalam 1 bahagian.
5. Masak sehingga pekat.
6. Sendukkan adunan coklat ke dalam acuan.
7. Lapiskan dengan adunan kuning (kastard) ke atas adunan coklat. Biarkan keras seketika.
8. Lapiskan sehingga habis kesemua adunan.


Senang kan. Tak susah pun nak buat. Nampak je macam susah. Tapi tak semua orang suka makan puding kastard ni. Ye la kan, rasa kastard. Kebanyakkan orang tak suka makan. So apapun, Selamat mencuba. Nanti I akan upload resepi puding roti karamel. I dah penah buat tapi x sempat nak capture picture. Sedap. Nnti bila I buat lagi, I upload resepi & picturenya sekali k.

Selamat mencuba....



2 comments:

  1. salam..nk tanya puding ni xguna telor ke dn klu guna agar2 tali boleh ke..

    ReplyDelete