AD

Tuesday, July 26, 2011

Puding Roti Karamel

Salam semua......lama dh I x update resepi baru. Baru-baru ni I malas nak masak sebab tu la x da resepi apa2. Minggu lepas I ada buat puding yang sangat I suka. PUDING ROTI KARAMEL. Actually I suka makan puding karamel. I penah buat sebelum ni masa I dok Terengganu dulu tapi x jadi. Puding tu lembik kat dalam macam x masak. But puding karamel yang ini lain sikit sebab ada roti. Sedap rasanya and puding tu x lembik. Resepi ni I dapat dari buku Chef Hanieliza. Thanks Chef a credit for U.....memang jadi. I dah buat 2 kali. Masa 1st time buat tu x da blog lagi, so x dapat la nk kongsi kan. Kali ni I kongsi dengan u all semua resepi PUDIN ROTI KARAMEL.


PUDING ROTI KARAMEL.........nyum nyum nyum

Bahan A:
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Bahan B:
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung castard
2 biji telur
8 keping roti (kalau nak letak lebih pun x pe ikut citarasa masing2)-dibuang kulit
1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:
1. Panaskan pengukus.
2. Masukkan kesemua bahan B di dalam mangkuk besar kecuali roti. Kacau sehingga sebati.
3. Carik2kan roti menjadi kecil & masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga semua roti terendam dalam adunan tadi. Ketepikan.
4. Diatas api yang perlahan, masak gula (Bahan A) sehingga keperang-perangan.
5. Kemuadian masukkan air. Kacau sehingga kesemua gula larut. (Part ni masa kita masuk air tu gula akan mengeras sikit, so kacau sampai gula cair. The best is masukkan air panas).
6. Masukkan gula hangus yang telah dicairkan ke dalam loyang. Kemuadian masukkan adunan B tadi.
7. Kukus selama 30-45minit. (I kukus 45min. Biar lama sikit.)
8. Apabila puding dah agak suam, sejukkan dalam peti sejuk. Sedap makan sejuk2.....

Masa kita buka pengukus tu kita akan nampak roti tu agak mengembang sikit. x pe. Nanti bila kita sejukkan roti tu akan turun. Jangan risau, bukan pudin yang kita buat x jadi tau. Gerenti jadi & sedap. Klau karamel (gula hangus) tu manis sgt, kurangkan sedikit gula.

Puding ni sesuai untuk hidangan berbuka puasa nanti. So, cuba la sendiri. Gerenti jadi. Dah cuba baru tahu. Selamat mencuba..........manisnya puding ini :) :) :)



Monday, June 27, 2011

Garlic Bread

Hari ni I nak share garlic bread yang I buat masa farewell party Chunk minggu lepas. Nak buat garlic bread ni senang je nak buat. Mulanya I ingat susah la nak buat. Then I search google dapat la cara2 macam mana nak buat garlic bread. Sedap........hehehehe puji diri sendiri.


Ini dah siap sapu garlic spread, tunggu nak bakar.

Ini Aza tengah potong roti. Nak potong macam garlic bread kat kedai.....hehehe

Ini I tgh dok sapu garlic spread tu kat roti.

Inilah hasilnya selepas bakar. Nampak sedap kan Memang sedap macam kat pizza. Cuba la buat. x susah pun.

Garlic Bread

Bahan2:
1 stick butter (250g)
1 labu bawang putih
serbuk oregano kasar
serbuk parsley kasar (additional)

Cara2:
1. Goreng bawang putih tanpa minyak beberapa minit.
2. Tumbuk / cincang halus bawang putih yang telah digoreng.
3. Masukkan bawang putih ke dalam butter. Pastikan butter berada pada suhu bilik.
4. Kacau bawang putih dengan butter sehingga sebati.
5. Masukkan serbuk oregano & serbuk parsley.
6. Siap.


SELAMAT MENCUBA.......


Wednesday, June 22, 2011

SPAGETI

Hari ni I & kawan2 I buat farewell & birthday party untuk Chunk & Zai. Chunk dah nak berhenti jadi RA kat Unimap. So kitaorang buat farewell party. Tema kitaorang adalah WESTERN. So makanan semua western la. Kitaorg kumpul duit & beli bahan2. I buat spageti & garlic bread spread. Kak Aza buat makaroni bakar. Shida buat coselow, zai goreng fries & wedges. Chunk kukus jagung & Wani buat puding laici. Sedapnya. Banyak makanan ada. Kenyang I dibuatnya. Kami makan dari pagi sampai petang. Boleh posa esok ni kalau macam ni punya kenyang. Hehehehehehe.......


Ini kuah spageti yang I buat. Nampak macam kuah kari pulak. Hahahaha.....Kuah spageti ni I buat sendiri tau. Tak pakai pun prego. Homemade kuah spageti. Sedap, senang je nak buat. Bahan pun x pakai banyak sgt. Senang je.Uols pun boleh buat.

I kongsi dengan uols semua resepi kuah spageti. Cuba la buat. Senang je. Cuba tau.


KUAH SPAGETI
Bahan2:
10 biji buat tomato (blend)
1 pek daging kisar RAMLY (brand AZMY pun ada)
10 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang merah (dicincang halus)
3 sudu besar cili kisar
1 botol sos tomato (485g)
serbuk oregano

additional ingredient (kalau nak boleh letak, kalau x mau pun x pa):
1 biji capsicum hijau
5 batang sosej

Cara:
1. Tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar & masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging kisar. Masak sehingga daging masak.
4. Setelah daging masak, masukkan tomato buah yang telah dikisar. Masak tomato sehingga masak.
5. Kemudian masukkan sos tomato. Kalau rasa sebotol sos terlalu banyak, boleh kurangkan ke 1/2 botol. Ikut pada rasa & pendapat masing2.
6. Masukkan sedikit garam. Kacau.
7. Masukkan serbuk oregano. Kalau boleh guna serbuk oregano yang kasar. Yang halus tu x berbau sgt.
8. Kalau nak letak sosej & capsicum, boleh masukkan di akhir step.
9. Siap.

Senang kan. Tak susah pun. Nampak memang byk step tapi bahan dia senang je. Tak yah dah beli Prego. Boleh buat sendiri je. Jimat pun jimat. Halal lagi. So selamat mencuba....




Monday, June 20, 2011

Kelas Sulaman Manik

Khamis & Jummat yang lepas I pegi kelas jahitan sulaman manik kt Kolej Komuniti Arau. Teringin sangat nak belajar jahit manik sendiri. Nak tempah kat orang mahal. Baik kita jahit sendiri kan. Lepas pi kelas tahu baru tahu nak jahit manik bukannya senang. Awal2 belajar tu terkebil2 jugak la nak jahit manik ni. Tapi dah lama2 buat ok la sikit. Dapat la skill sikit.Seronok dapat belajar. Lepas ni boleh jahit manik kat baju sendiri. Kalau tahu buat memang seronok. Nak kata senang tu x la jugak. Ada la jugak jenis2 manik yang I x leh buat. I buat x jadi. I dah jahit manik kat baju I. I jahit manik 'roping' kat lengan baju kurung I. Nnti nak jahit lagi kat baju I.
Ni hasil jahitan manik yang I buat.

Ini kawan2 sekelas yang buat. Cantikkan...

I yang tekun manjhit manik

Yang tudung hitam tu Cikgu yang mengajar jahitan manik

Wednesday, June 15, 2011

Koleksi cupcake Ku

Ini adalah koleksi cupcake yang I dah buat. Warna semua sama kan. Ye la I cuma ada warna pink, purple & hijau je. Bunga pun sama kan. I x beli nozzle banyak. Nnti2 baru I nak tambah koleksi nozzle.

Bunga rossete untuk hantaran perkawenan adik Busu, Dila.

Ini untuk hantaran pertunangan sepupu I, Syima.

Ini hantaran pertunangan adik I, Yol.

Ini cupcake goodies untuk tetamu masa pertunangan Yol.

Hantaran untuk Dilla.

Hantaran perkahwinn Dilla. Bunga rosette & star flower.

Ini lebihan cupcake yang buat untuk Dilla. Bawak pi school untuk kawan2.

Rumput yang tak berapa jadi.....boleh la.

Ada bunga yang tercomot.

Cantik tak? Cantik kan....








Tuesday, June 14, 2011

Cupcake Hasilan Ku

Ahad lepas adik I, Yol bertunang. I buat hantran cupcake untuk dia. Bukan sekadar cupcake untuk hantaran, cupcake untuk goodies pun I buat. Penat giler. Sebelum tu I buat cupcake hantaran untuk kakak ipar I, Busu. Dia tempah kat I untuk hantran kawen adik dia. Untuk goodies tu I buat dekat 150 biji cupcake. Tak tido malam I. Nak buat cepat je. Yang lama tu bukannya sebab dok buat cupcake, sebab dok melayan karenah anak I, Qaisara. Macam tahu2 je I ada keja nak buat, dia pun buat perangai. Itu x kena, ini x kena. Terpaksa berhenti sekejap nak layan karenah Qaisara.

Inilah hasil yang I buat. Cantik x? Ini hasil yang ke-3. Untuk pertama kali nak buat ni banyak jugak la duit yang habis. Ye la kan modal mesti la ada. Bahan2 tu x mahal pun. Gadget2 tu yang mahal. x pe asalkan I puas hati. Kek yang I buat tetap kek choc moist. Kalau korang nak resepi ada I upload sebelum ni. Kali ni I share dengan korang semua resepi buttercream icing.



Buttercream icing

Bahan2:
250gm shortening
125gm krimwell
125gm gula ising (diayak)
sedikit esen vanilla
pewarna

Cara2:
1. Putar shortening & krimwell hingga kembang (lebih kurang 5 minit).
2. Masukkan gula ising & esen vanilla. Putar sehingga sebati & kembang.
3. Masukkan pewrna mengikut warna yang digemari.

Senang je kan nak buat buttercream ni. Cuba la. Mesti seronok dapat buat cupcake dengan hasil sendiri.

Monday, June 6, 2011

CHOC MOIST CUPCAKE

Salam. Ok seperti yang I janjikan hari I akan upload resepi choc moist cupcake. Ini pic cupcake yang I buat. I buat sabtu lepas untuk cousin I. Simple2 je I buat. Maklum la budak baru belajar. Nanti dh lama2 cekap la sikit kan.

Choc Moist

Bahan2:
2 cawan Tepung gandum (cap sauh)
2 cawan gula castor
1 cwn serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3 biji telur
1 cawan air panas
1 ts baking powder
1 ts soda bikarbonat
1 ts esen vanilla

Cara2:
1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat & baking powder.
2. Didalam mangkuk lain, pukul gula castor & telur sehingga kembang.
3. Masukkan susu cair, minyak jagung & esen vanilla sehingga sebati.
4. Masukkan bahan2 yang diayak tadi & kacau secara kaup balik.
5. Masukkan air panas & kacau rata.
6. Isikan adunan ke dalam soufle cup bersaiz S atau saiz 3 sebanyak 23g atau 1/2 cup.
7. Bakar pada suhu 150-170C selama 20-23 min (bergantung pada oven).


Senang je kan nak buat cupcake choc moist macam resepi kek kukus moist I kan. Thanks to Kak Najah for the recipe. Cuma resepi ni x leh kukus. Kena bakar. Resepi kek coklat moist tu utk kukus. Kalau guna untuk bakar I x try lagi. Apapun selamat mencuba k.