AD

Monday, May 2, 2011

kek kukus coklat moist

Assalammualaikum, hari ni I update satu lagi resepi. Hari ni I buat kek kukus coklat moist. Terasa teringgin pulak nk makan kek coklat. Hehehehehe............Resepi I dapat dari kawan yg study dengan I. Resepi ni memang simple. Bahan2 dia kita boleh dapat di rumah je kecuali serbuk koko, kena beli kt kedai le. Hehehehehe.......Memang jadi kek ni. Ni kali ke 3 I buat. Ni I buat kt umh mak mertua I. Nak ambik hati la katakan.


KEK KUKUS COKLAT MOIST



Bahan A:
1 cawan serbuk koko - ada pic contoh kt bawah
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair 
1 cawan susu pekat 

Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil bikarbonat soda
2 biji telur

Cara2:
1. Masukkan ke semua bahan A ke dalam bekas besar dan letakkan di atas dapur dengan api yg perlahan.
2. Kacau kesemua sehingga sebati dan larut.
3. Ketepi kan dan biarkan ia sejuk.
4. Kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan tepung gandum dan bikarbonat soda yg telah digaul bersama ke dalam adunan. Kacau segingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45-60 minit. The best is 60 minit.


Cawan yang I guna ni sukatan dia sama dengan 1 tin. So I pakai 1 tin susu....kalau korang guna measuring cup, maybe susu yang korang guna dalam 1/2 tin je.....so sukatan ini semua depend pada cawan yang korang guna k.......

Senang kan bahan2 dia. Memang senang nk buat dan x susah nk cari bahan. Try la buat. Memang jadi. 1st time buat pun dh jadi. Costnya tak la mahal pun. Lebih kurang RM10 je. Kalau beli tepung yang dah siap je RM10. Tak termasuk susu pekat, telur, minyak lagi. Resepi pakai telur 2 biji je. Kalau tepung yang segera kena guna 5 biji. Jimat kan.
Selamat mencuba.......


ni picture serbuk koko yg I beli. 



'Selamat Mencuba' & tq for trying.

14 comments:

  1. 1. Masukkan ke semua "bahan B" ke dalam bekas besar dan letakkan di atas dapur dengan api yg perlahan.

    sure ke bhn B?bukan bahan A?

    ReplyDelete
  2. A'ha.....betul la k.mai tersilap taip.....TQ

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    1 cawan berapa gram?
    untuk semua bahan menggunakan cawan yg sama?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    1 cawan berapa gram?
    untuk semua bahan menggunakan cawan yg sama?

    ReplyDelete
  5. sory lambat reply ye.........i x tahu brapa gram 1 cawan tapi semua bahan tu u guna cawan yang sama.
    Tq

    ReplyDelete
  6. susu tu sukat pakai cawan yg sama gak ke or terus amik 1 tin?

    ReplyDelete
  7. salam, u ikut cawan yang u guna utk sukat tepung. u guna cawan yang sama untuk semua bahan k....selamat mencuba.....

    ReplyDelete
  8. salam, saya da buat 2 kali kek coklat ni. terima kasih sebab sudi share resepi. memang sedap

    ReplyDelete
  9. TQ Liyan sebab mencuba resepi ni........cuba la resepi choc moist cupcake.....resepi ni kena bakar.....kalau buat cupcake mmg jadi......sedap...

    ReplyDelete
  10. kalau guna recipe ni untuk buat cupcake kukus,boleh x?

    ReplyDelete
  11. Salam, saya enter id lagi 1 ni. sy rasa boleh je kalau buat cupcake kukus. mesti moist cupcake tu. selamat bercuba.

    ReplyDelete
  12. saya dah cuba beberapa kali dh buat kwk moist coklat kukus. tp x menjadi la.... selepas masak kek jadi macam padat ja. boleh bg pendapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam azaa, mai ni. awat kukus brapa lama? kalau boleh masa kukus tu jgn buka tutup buka tutup tudung pengukus tu byk kali. ini akan buat kek tu bantat. cuba kukus 60 min dulu then check sama ada kek tu dah masak ada belum. if kek tu x masak lagi tambah lagi 20 min. rsnya kalau kek kukus, kukus lama sikit boleh cuma kalau bakar je x leh bakar lama. atas kek akan hangit. make sure cawan & susu yang guna tu sama untuk semua bahan. nak lebih bagus pki measuring cup. if x jadi juga boleh cuba resepi ni http://akmamrecipe-collection.blogspot.com/2011/06/choc-moist-cupcake.html. ni resepi choc moist tapi bakar. dalam resepi ni sy buat cupcake. if nak buat kek bakar dlm 1j15min.

      Selamat mencuba

      Delete
  13. salam, saya kukus dlm plastic container, bawahnye melekat, ada cara tak nak keluarkan kek tu cantik? kalau bakar boleh sapu mentega dan tabur sikit tepong kan, kalau steam ada tak caranye? tk

    norashikin

    ReplyDelete